Tuesday, 7 February 2012

Our First Shot


Assalamualaikum w.b.t :)

Ni post first untuk tahun 2012 kan? Hehe
Berjaya gak luangkan masa untuk blog nih.
Maaf ye pada sape-2 yg tunggu post first untuk tahun ni :(

Pada 5 Februari 2012, Pertandingan Bintang Nasyid tajaan ubat gigi Mu'min telah diadakan di perkarangan Bangunan MAIM.


Hahaa, tengok budak ni dengan ubat gigi tuh. Bahagia kann? HAHA

Okeh. Mengarot seketika -,- 

Pertandingan ini merupakan pertandingan pertama yang kami sertai untuk tahun ini.
So, memang agak berdebar-2 laa kan. Hehe ^^v
Maklumlah, yg Form 5 baru nak start busy dgn pelajaran, dah ada pertandingan segala bagai.
Alhamdulillah, usaha kami membuahkan hasil
Terima kasih kepada guru-2 yg membimbing kami dari dulu sampailaa saat ni pun!
Kalau takde cikgu-2 sekalian, memang tak ke mana kot -,-'



Sesungguhnya, vokalis-2 ini memang menggigil masa turun pentas -,-'

Kepada guru-2 kami, kami sangat menghargai jasa cikgu.
Mungkin tak terluah, tapi kami harap cikgu tahu, kami sentiasa ingat pada cikgu dalam doa kami.
Terima kasih, cikgu :)

Akhir kata, kami minta maaf jika ada salah dan silap tak kena tempat ke ape-2 ke.
Ikhlas dari lubuk hati; AMPUN BERIBU AMPUN!
Kami hanyalah manusia biasa yg tak terlepas dari sebarang kesilapan.

sekian, terima kasih.
assalamualaikum ^^

Saturday, 9 July 2011

In the month of June :)

Assalamualaikum dunia :)
setelah satu bulan busy dengan kerja masing-masing,
sekarang baru sempat admin nak update blog ni. 
da bersawang dah.ish3. teruk betul =..='
maap la yea kepada sesiapa yang tunggu blog ni berasap lagi.
memandangkan sekarang dah masuk bulan 7,
jom kita dengar pkembangan kitorang dalam bulan 6.
Alhamdulillah semua yang dirancang berjalan lancar walaupun tak seperti yang semua inginkan.

FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER (Peringkat Kebangsaan)
Venue- SMK Seri Jengka, Jerantut Pahang
Tarikh- 18 Jun
Pencapaian- -

Peringkat kebangsaan memang susah nak dapat tempat. Lagi-lagi dengan ramai saingan dari pasukan lelaki yang hebat hebat macam All For Ummah (SMAP Kajang), Soutul Jihad (SMAP Labu) n banyak lagii lahh. Maybe kitorang tak ckup preparation waktu ptndingan. Almaklumlahh.baru naik dari cuti panjang. haaha byknye alasan.ish3 Tapi pengalaman kebangsaan ni memang pengalaman yang baik yang the best kitorg pernah dapat dan insyaAllah kami akan perbaiki untuk masa depan. Jihad Fi Sabilillah !! :)

JOHAN- AL MUNAWWIR, Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bharu.
NAIB JOHAN- SOUTUL JIHAD, SMAP Labu.
KETIGA- All For Ummah, SMAP Kajang.
 Blog ni cerita pakai gambar. Jom tengok gambar !
 yaa itu dia posternye. maap la yea.kabur =..='

 kak pah jadi taiko jam tak bgaji selama 15 minit.haaha

 sebelum beraksi. Muka masing-masing cover ayu tapi dalam hati tuhan saja yang tahu.

 Wardat memang pantang nampak camera.haaha

 Sesi bergambar bersama guru pengiring di atas pentas.

 Dari Melaka ke negeri Pahang, singgah sebentar pergi ke Jengka :P

 ngee :)

 Pasukan yang menyertai festival ni :) tengok tu ada 2 je pasukan perempuan. Satu lagi dari Sek Men Keb Clifford Kuala Lipis.
 Kak Pah <3

Para supporter yang tak jemu menyokong :)

 lagu kedua aje yang saya dapat masukkan.lagu first tak jumpa.maap yea :)

PERSEMBAHAN NAZAM PERHIMPUNAN PEMADAM
Venue- Dewan MITC, Melaka
Tarikh- 25 Jun
Pencapaian- -

Persembahan ni special sikit sebab ada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam :)

 lepas beraksi :)

asyik mengalunkan nazam kebanggaan orang melaka :D

begitulah Wardatuddiniah dalam bulan Jun lepas. Banyak pengalaman yang kami dapat esspecially bila menyertai Festival Nasyid Kluster Kebangsaan tu. Memang banyak la yang kami pelajari untuk kami perbaiki dari semasa ke semasa. Memang banyak yang kami perlu perbaiki lagi. Teruskan menyokong kami :) 
InsyaAllah :) Maju nasyid buat agama ! :)
Assalamualaikum w.b.t

Friday, 3 June 2011

Wardatuddiniah by the year of 2011 (Jan-Mei) :)

Salamullahi Alaikum :D
Ouh hye semua. Ada sehat ? hopefully sehat sejahtera la yea.
Harini hari ketiga blog ni dibuka dan dapat sambutan yg baik ye :) Thnx semua sebab beri sokongan padu pada Wardatuddiniah.
Harini kitorang cerita pasal pencapaian kami n apa yg kami da sertai sepanjang thun 2011 ni
haiyoo. tahun ni memang tak menang tangan betul. busy kami dibuatnya sampai studio pun da jadi macam rumah kedua kami. Kalau malam tu balik lewat sangat. Tengah malam baru balik sebab bekerah tenaga untuk pertandingan yang tarikhnya dekat dekat.  =.=' Tapi Alhamdulillah, berkat usaha kami, dapatlah mmbuahkan hasil yang cukup membanggakan. Susah-susah dahulu, Senang-Senang kemudian. ye dak? ^^
Jom tengok :D

PERTANDINGAN ANJURAN UKM 
Venue- UKM, Bangi
Tarikh- 15 Januari 
Pencapaian- Johan kategori Sekolah Menengah

 Bersama abang Interaksi Usim :)

 Dirumah Ustaz Hafiz Algebra setelah habis pertandingan. seronok :D

 The Seniors :) senyumm senyum

 Wardatuddiniah in Pink. haahah.ye ye.comel


PERTANDINGAN NAZAM SEMPENA MAULIDUL RASUL (Peringkat Negeri)
Venue- Masjid Negeri Al-Azhim
Tarikh- 12 Februari
Pencapaian- Johan peringkat negeri

 Bergambar dengan Ummi Azian tercinta dan kakak-kakak ex wardat, Kak Illiya dan Kak Syaza

 Diatas pentas selepas pertandingan bersama juri-juri.

 Muhasabah diri sebelum pertandingan. Tradisi kami.



PERSEMBAHAN BELIA
Venue-Taman Tasik Ayer Keroh
Tarikh- 26 Februari 
Pencapaian- - haaa sepatutnya persembahan ni pertandingan. Tapi disebabkan hanya 2 buah sekolah yang hadir, SMKASR n Sekolah Darul Falah, jadi pihak penganjur tukar aturcara jadi pertandingan.

 Kak Ija dan Kak Ajue yang juga menyertai persembahan ni.TQ kakak :)

 Beraksi di pentas yang damai sebelah tasik lagi :D

 Kak Illiya yang turut hadir memeriahkan majlis. Beliau juga sempat yea nyanyi ats pentas :D

PERTANDINGAN ANJURAN UMNO 
Venue- Kepong, Kuala Lumpur
Tarikh- 27 Februari
Pencapaian- Ketiga :'(
Kalau semua perasan, prtandingan ni harinya sebelah sebelah je dengan persembahan Belia kat atas.So, waktu ni memang sangat kelam kabut dan tak menang tangan sampai kami terpaksa berjaga malam untuk prepare. Tapi Alhamdulillah kami berjaya tempuh segala cabaran yg mendatang :)

 Bergambar bersama selepas pertandingan :)
 
FESTIVAL NASYID NEGERI MELAKA (Saringan Peringkat Negeri)

Venue-Dewan Umum Perpustakaan Melaka (Perpustam)
Tarikh-21 April 
Pencapaian- Berjaya melepasi saringan untuk ke Peringkat Negeri

 Selepas pertandingan bersama kakak ex-wardat, kak Illiya, kak Fara Nabiha dan Atiqah Durrah yg kini SMK Ghapar Baba

 Beraksi diatas pentas membawa lagu Aqidah Membentuk Sahsiah Diri dan Makrifatullah

 Para penyokong di bawah pentas setia menyokong kami :)


 VIDEO:
  Saringan Festival Nasyid WARDATUDDINIAH (1)
Saringan Festival Nasyid WARDATUDDINIAH (2)


PERTANDINGAN NASYID ANTI DADAH (Peringkat Daerah)
Venue-Melaka Mall
Tarikh-30 April
Pencapaian- Johan Peringkat Daerah

 Bergambar bersama selepas pertandingan. Masing-masing bbaju hijau :D

 Beraksi dengan yakinnya membawa lagu Satu Malaysia Banteras Dadah :)

 Tradisi kami, Muhasabah diri sebelum beraksi dan pembacaan Doa Wahdah bersama. :D



KARNIVAL NASYID NEGERI MELAKA (Peringkat Negeri)
Venue- MITC
Tarikh- 5 Mei 
Pencapaian- Naib Johan Kategori Sekolah Menengah

 Beraksi diatas pentas dengan lagu Aqidah Membentuk Jati Diri dan Kasih Ayah Bonda :D



PERTANDINGAN NASYID ANTI DADAH (Peringkat Negeri)
Venue- Melaka Mall
Tarikh- 14 Mei
Pencapaian- Naib Johan peringkat Negeri.

PERSEMBAHAN NASYID
Venue- Dataran Alor Gajah
Tarikh-15 Mei
Pencapaian- -


 Gelagat Cikgu Kapak yang juga turut memeriahkan majlis dan sempat naik ke pentas membantu Ahli Percussionist :D

Bergambar selepas pertandingan bersama. Kak Pah, Kak Ija, Kak Syaza, Kak Mimi, Kak Berry dan Kak Zu yang turut menyertai persembahan :)

Ini adalah antara pertandingan dan persembahan yang kami sertai di luar sekolah sepanjang setengah tahun ni. Alhamdulillah, kami berjaya memberikan yang terbaik buat sekolah dan semua. InsyaAllah untuk aktiviti aktiviti selepas ini, akan kami selitkan didalam blog ini. :) 
Kami bersyukur atas segala yang dikurniakan kepada kami. InsyaAllah kami akan lakukan yang lebih baik selepas ini. Jihad Fi Sabilillah :)
Sekian dari kami. 
Assalamualaikum. w.b.t.